Musim panas itu menyeronokkan, hujan itu menyegarkan, angin itu menguatkan , salji itu menggembirakan; yang dikatakan cuaca buruk itu sebenarnya tiada, yang ada hanya jenis-jenis cuaca baik yang berbeza sahaja. Daripada sesuatu yang buruk itu sentiasa lahir sesuatu yang baik.
Adalah penting sekali bagi anda untuk menyedari bahawa kita sepatutnya belajar meskipun dalam waktu bagus. Dan bagaimanakah kita boleh berbuat begitu? Dengan sekali-sekala merenungkan waktu-waktu sukar, ketika kita menderita, ketika kita bermurung, ketika segala-galanya seperti menentang kita ? kerana hanya waktu-waktu sukar sahaja yang memberi pelajaran terbaik.
Perjuangan memaksa kita bergerak tatkala kita selainnya cenderung berehat. Dan ia membawa kita kesudahannya kepada kesedaran penuh bahawa kejayaan hanya akan tercapai melalui perjuangan. Tiada apa pun yang bernilai dalam hidup ini yang mungkin diperolehi tanpa perjuangan. Jikalau ia mudah diperolehi, sudah tentu semua orang akan mendapatkannya.
Perjuangan hidup, penderitaan jiwa, dan seksaan itu semuanya perlu jika anda ingin menjadi unggul. Jadi janganlah memaki-hamun dan menyumpah seranah, tetapi di sebaliknya fahamilah dan hargailah pengalaman-pengalaman sedemikian ketika anda mengalaminya kerana ia merupakan sebahagian daripada penyempurnaan seorang manusia.
Perjuangan hidup, dalam kebanyakan hal, diperjuangi secara mendaki keatas, dan menang tanpa pergelutan adalah hampir seperti menang tanpa kebanggan. Jika tiada kesukaran, tidak akan ada kejayaan; jika tiada apa-apa yang dipergelutkan, tiada apa-apa jua yang akan tercapai. Kesukaran mungkin menggerunkan mereka yang lemah, tetapi memberi peransang menyegarkan kepada orang yang tegas dan berani.
Segala pengalaman hidup sememangnya berperanan untuk membuktikan bahawa rintangan yang menghalang kemajuan manusia mungkin, kebanyakannya, diatasi dengan perilaku baik, semangat yang jujur, kecergasan, ketabahan, dan dengan keazaman untuk mengatasi sebarang kesukaran.
Jalan di depan masih panjang dan berliku, jangan bimbang perjalanan itu melelahkan dan menyakitkan. Jangan takut rebah. Walaupun tindakan yang paling baik anda perlu lakukan adalah bangun semula, tapi bangun semula juga perlukan kekuatan yang bukan sedikit.
Janganlah bermuram... Isikanlah ruang waktu persahabatan yang ada dengan gurauan dan senyuman. Nanti bila berpisah, ada sesuatu yang manis untuk dikenangkan.
Kelembutan adalah senjata memadamkan api kemarahan.
Sabtu, September 29, 2007
Hidup Adalah Perjuangan
Diposting oleh ronald di Sabtu, September 29, 2007
Label: Motivator
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar
Ayo Coba Kasih Commant Yahh..
And Thanx Alot